Saya pernah mengalami satu masalah di mana saya secara tidak sengaja mengubah saiz DPI kepada 500% dan ini menyebabkan paparan skrin, ikon serta tulisan menjadi lebih besar sehingga terkeluar daripada paparan skrin laptop yang asal.
Rutin harian saya terganggu seketika dan pelbagai fungsi serta aplikasi laptop sukar untuk dikendalikan. Pelbagai cara saya gunakan namun ianya gagal. Kaedah seperti mengubah saiz DPI yang terlalu besar kepada kecil dengan memasuki fasa Safe Mode mungkin berkesan pada Windows 7 namun ianya tidak pada Windows 8.1. Entri kali ini saya akan kongsikan kepada anda bagaimana cara yang saya gunakan untuk mengatasi masalah ini. Sebelum itu, tahukah anda apakah itu DPI scaling?
Rutin harian saya terganggu seketika dan pelbagai fungsi serta aplikasi laptop sukar untuk dikendalikan. Pelbagai cara saya gunakan namun ianya gagal. Kaedah seperti mengubah saiz DPI yang terlalu besar kepada kecil dengan memasuki fasa Safe Mode mungkin berkesan pada Windows 7 namun ianya tidak pada Windows 8.1. Entri kali ini saya akan kongsikan kepada anda bagaimana cara yang saya gunakan untuk mengatasi masalah ini. Sebelum itu, tahukah anda apakah itu DPI scaling?
Apa itu skala DPI?
Skala DPI adalah singkatan bagi Dots Per Inch bertujuan untuk memaparkan ikon, tulisan serta paparan skrin kepada lebih besar atau kecil bergantung kepada resolusi skrin paparan sesuatu gajet atau monitor. Kebanyakan gajet seperti laptop, tablet dan lain-lain menjalankan resolusi skrin 1366 x 768, tetapan DPI adalah 100%. Itu adalah paparan skrin yang sememangnya jelas pada gajet anda. Skala DPI yang lebih tinggi berguna apabila anda mahu menyambungkan peranti anda ke resolusi skrin yang lebih tinggi seperti monitor luaran atau televisyen untuk mendapatkan paparan yang jelas.
Penyelesaian Masalah
Bagi mengatasi masalah yang saya hadapi, cara yang saya gunakan adalah seperti berikut:-
Langkah 1: Saya membuat satu akaun baru atau pengguna baru pada sistem pengoperasian Windows 8.1. Kenapa ianya perlu? Ini kerana perubahan skala DPI hanya berlaku pada satu akaun yang terlibat sahaja dan ia TIDAK membabitkan kesemua akaun dalam satu sistem pengoperasian.
Langkah 2: Cara untuk membuat akaun baru adalah seperti berikut:
- Tekan kekunci Windows pada papan kekunci komputer anda.
- Paparan Start akan muncul pada skrin (Paparan ini tidak terkesan dengan perubahan DPI).
- Klik pada simbol PC Setting.
- Klik pada Account.
- Klik pada Other Account.
- Klik Add an Account dan anda boleh mula membuat akaun baru anda.
Langkah 3: Setelah akaun baru siap dipasang bersama-sama dengan aplikasi secara automatik (tunggu beberapa minit), anda boleh terus log masuk ke akaun baru anda. Dengan cara ini, ia memudahkan anda untuk menjalankan langkah yang seterusnya. Buka pelayar internet dan teruskan usaha mencari.
Langkah 4: Muat turun fail restore_default_96_DPI.reg di sini.
Langkah 5: Akses ke akaun lama anda melalui akaun baru. Untuk akses ke akaun lama pergi ke Sistem C >Users >Klik pada akaun lama. Masukkan password dan klik Yes.
Langkah 6: Simpan fail .reg tersebut pada folder Desktop akaun lama.
Langkah 7: Log masuk ke akaun lama dan tekan kekunci Windows.
Langkah 8: Klik pada ikon Search dan taip restore pada carian. Klik pada fail restore_default_96_DPI .reg.
Langkah 9: Klik Run >Yes >Ok dan akhir sekali restart PC anda. Alhamdulillah, paparan skrin laptop kembali kepada asal.
Mungkin ada di antara pembaca berkata kenapa tidak menggunakan terus akaun baru bagi menggantikan akaun lama kerana kita masih boleh mengakses akaun lama melalui akaun baru itukan lebih senang. Jawapannya ialah terlalu banyak fail yang penting tersimpan pada akaun lama dan saya tidak perlu bersusah memindahkannya kerana terdapat aplikasi atau perisian yang saya gunakan tidak dapat memaparkan rekod data yang saya simpan sebelum ini. Ianya tersimpan pada akaun lama dan saya tidak perlu bersusah payah mencarinya satu persatu.
Sekian terima kasih. Semoga ia dapat membantu mereka yang mengalami masalah yang sama seperti saya. Sebarang cadangan lain daripada pembaca amatlah dialu-alukan, mungkin juga command prompt boleh digunakan.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan