About Me

Tentang Saya


Keterangan Blog


Blog ini ditulis sekadar untuk perkongsian ilmu pengetahuan semata-mata. Ia ditulis berdasarkan pembacaan, pengetahuan dan pengalaman penulis berkenaan dengan bidang teknologi. Blog ini mengandungi pelbagai maklumat seperti perisian pengaturcaraan, aplikasi dan sebagainya. Selain itu, perkakasan seperti komputer, telefon pintar dan lain-lain turut menjadi topik perkongsian dalam blog ini. Entri seperti tutorial dan tips diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca memperoleh info yang berguna dan bermanfaat. Di samping itu, maklumat tambahan turut saya sajikan khas buat para pembaca. Ia merangkumi bidang yang saya pelajari dan juga bidang-bidang yang lain. 

Siapa Saya?


Nama saya Rizwan Yusoff, graduan dalam bidang kejuruteraan mikroelektronik lulusan universiti tempatan. Seorang yang bersederhana dan amat meminati bidang teknologi terutamanya teknologi hijau contohnya sumber tenaga boleh diperbaharui. Bermula dengan permainan video, saya berasa amat kagum dengan kecanggihan teknologi masa kini dan dari saat itu, saya mula mencari pelbagai input yang saya inginkan.

Bercita-cita ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya kelak tidak kira dalam apa jua bidang kerana kita dituntut untuk belajar dan terus belajar walaupun ianya bidang yang berlainan. Sebarang pertanyaan dan perkongsian maklumat, boleh hubungi saya melalui e-mail: rizwanyusoff89@gmail.com 

Sekian, terima kasih.