Selasa, 29 September 2015

Command Linker: Kaedah HubungKan Fail Kod Sumber CodeBlocks

Pengenalan


Sebelum itu, tahukah anda apa itu fail kod sumber? Fail kod sumber adalah satu fail di mana ia mengandungi arahan-arahan atau aturan yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan komputer contohnya bahasa C, C++ dan lain-lain bagi sistem komputer. Ia boleh ditulis dengan menggunakan editor teks.

Pengkompil atau penyusun pula adalah program yang berfungsi untuk memproses fail kod sumber dan kemudiannya menghasilkan fail objek yang mengandungi terjemahan fail kod sumber yang hanya difahami oleh komputer. Fail kod sumber yang berasingan akan menghasilkan beberapa output atau keluaran dengan nama fail objek di mana fail-fail tersebut tidak boleh menjalankan proses bagi mendapatkan keputusan akhir dalam satu projek tunggal. Jadi, kita memerlukan penghubung untuk menghubungkan beberapa fail objek tersebut.

Penghubung pula adalah satu program yang menghubungkan beberapa fail objek yang berasingan tadi untuk mendapatkan keputusan akhir atau Build bagi satu projek tunggal dengan nama fail. exe. Perbezaan antara pengkompil dan penghubung adalah pengkompil mengesan kesalahan sintaks seperti tiada koma bertitik, tiada kurungan atau lebih manakala penghubung mengesan kesalahan pada pembolehubah serta fungsi di dalam kod yang dijalankan. 

Langkah-langkah:


Seterusnya ini adalah satu contoh kod program yang saya jalankan seperti yang telah saya janjikan. Langkah-langkah yang harus anda ikuti ialah:

Langkah 1: Jalankan satu projek baru seperti yang telah saya kongsikan dalam entri sebelum ini. Jika lupa, tidak mengapa klik di sini.

Langkah 2: Tulis kod pada teks fail kod sumber main.c. Seterusnya, simpan. Tetapi AWAS!!!, jangan klik pada sub menu Build atau Build and Run terlebih dahulu kerana kita belum memasuki fasa untuk menghubungkan fail kod sumber yang lain.

Langkah 3: Untuk membuat fail kod sumber yang baru klik pada menu File -> New-> Empty file

Langkah 4: Klik Yes bila anda diminta untuk menambah fail ke projek.

Langkah 5: Taip nama fail pesanan_harga.c dan simpan. Seterusnya klik OK pada paparan Multiple Selection. (Nota: Pastikan fail main.c dan fail pesanan_harga.c berada dalam satu folder yang sama).
Cara Tambah Fail Kod Sumber Kedua
Seperti yang anda lihat, fail kod sumber kedua pada tetingkap sebelah kiri berada dalam senarai yang sama dengan fail main.c. Tab baru akan muncul pada teks editor dengan nama fail pesanan_harga.c.

Langkah 6: Klik tab pesanan_harga.c dan kodnya sedia untuk ditulis. Contoh kod arahan seperti di bawah:
Fail Kod Sumber Kedua

Langkah 7: Ulangi langkah 3 dan 4 bagi fail kod sumber yang ketiga.

Langkah 8: Taip nama fail kos_bayaran dan simpan. Fail kod sumber ketiga juga berada dalam senarai yang sama dengan fail main.c dan pesanan_harga.c. Seterusnya, teks editor baru akan muncul.

Langkah 9: Klik tab kos_bayaran dan tulis kodnya. Contoh seperti di bawah:
Fail Kod Sumber Ketiga

Langkah 10: Simpan fail projek.

Langkah 11: Penting!!! Fasa untuk menghubungkan ketiga-tiga fail kod sumber setelah ketiga-tiga fail melalui proses terjemahan fail kod sumber ke objek fail (klik menu Build->Compile Current File). Proses menghubungkan ketiga-tiga fail boleh dilakukan dengan memasukkan command gcc -o program main.c pesanan_harga.c kos_bayaran.c pada ruangan command seperti di bawah:
Linker Command Code::Blocks

Langkah 12: Klik menu Build->Build and Run.

Keputusan akhir seperti paparan skrin di bawah:
Paparan Fail.exe

Secara ringkasnya, program yang saya bina menggunakan kaedah panggilan fungsi oleh fungsi pemanggil di dalam main(). Mana-mana fungsi dalam program boleh dipanggil oleh fungsi yang lain dan fungsi main() juga turut boleh dipanggil oleh fungsi yang lain. Setelah setiap fungsi selesai menjalankan kod program, ia akan kembali kepada main() dan apabila main() sudah tiada lagi fungsi pemanggil untuk dijalankan di dalamnya, keseluruhan program akan berakhir.

Maklumat tambahan:
Rajah di bawah pula adalah satu contoh kesalahan yang akan berlaku jika anda tidak masukkan command penghubung pada program tersebut. Ini berlaku kerana program tidak dapat membaca data sebenar pada fail kod sumber tersebut walaupun tiada kesalahan semasa fail-fail tersebut diterjemahkan ke fail objek akan tetapi ia gagal semasa memasuki fasa menghubungkan fail.
Kesalahan Pada Program

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan