Selasa, 29 September 2015

Cara-cara Tetapan Projek Baru Code::Blocks pada Windows

Setelah selesai memasang perisian Code::Blocks pada komputer anda, saya akan tunjukkan cara-cara untuk menetapkan projek baru code::blocks khas untuk pengguna sistem pengoperasian windows. Apa itu code::blocks? Klik di sini.

Langkah 1: Jalankan perisian Code::Blocks.
Klik pada Create New Project.
Paparan Laman Utama Code::Blocks


Langkah 2: Kemudian paparan New From Template akan muncul.

Pilihan Pelbagai Jenis Wizard

i. klik pada Console Application

ii. Seterusnya klik Go.


Langkah 3: Paparan Console Application akan muncul.

Paparan Aplikasi Konsol Baru

Klik Next.


Langkah 4: Pilih jenis bahasa pengaturcaraan C atau C++ (Nota: Mengikut tugasan anda dan juga pengetahuan anda). Berdasarkan pengetahuan saya memilih bahasa C.

Pilihan Bahasa Pengaturcaraan C/C++

Seterusnya klik Next.


Langkah 5: Seterusnya paparan untuk menyimpan fail projek muncul pada skrin.
Folder Projek Baru
i. Namakan fail projek. (Nota: Tetapkan nama yang berkaitan dengan projek supaya mudah untuk dikenalpasti).
ii. Buat satu folder untuk menyimpan fail projek.
iii. Klik Next.

Langkah 6: Paparan pemilihan pengkompil atau penyusun projek muncul.
Pilihan Compiler
Klik Finish. (Nota: Untuk ruangan ini biarkan sahaja tetapan asalnya).

Langkah 7: Seterusnya, paparan fail kod sumber main.c muncul pada skrin anda.
Fail Kod Sumber Teks Editor
i. Klik pada main.c dua kali pada ruangan projek di sebelah kiri. (nota: Jika fail kod sumber main.c tidak kelihatan pada ruangan teks fail).
ii. Untuk melaksanakan fail kod sumber tersebut secara keseluruhannya, klik pada menu Build dan seterusnya klik Build and Run.
Fail.exe
Selamat berkenalan warga blog sekalian.
Tetapan untuk projek baru telah selesai dan kini anda boleh memulakan tugasan anda.

Selamat berjaya.





Tiada ulasan :

Catat Ulasan