Kesan pada prestasi laptop
Pelbagai cara boleh kita gunakan untuk menurunkan atau mengekalkan suhu laptop pada tahap yang terbaik supaya ia tidak menjadi terlampau panas seperti menggunakan kipas penyejuk USB, kipas elektrik, pad penyejuk dan
sebagainya. Tetapi entri kali ini saya akan kongsikan kepada anda cara untuk mengelakkan laptop menjadi terlampau panas dengan menggunakan ciri serta fungsi tetapan yang telah sedia ada pada sistem pengoperasian Windows 8.1.
sebagainya. Tetapi entri kali ini saya akan kongsikan kepada anda cara untuk mengelakkan laptop menjadi terlampau panas dengan menggunakan ciri serta fungsi tetapan yang telah sedia ada pada sistem pengoperasian Windows 8.1.
Penggunaan cara ini melibatkan pengurangan pada penggunaan kuasa processor jadi sistem komputer akan mengalami penurunan dari segi prestasinya. Penurunan ini masih lagi dalam keadaan terkawal dan ia tidak memberi kesan penurunan yang drastik pada sistem komputer anda seperti komputer menjadi lembab secara tiba-tiba malah ia memberi kesan pada perubahan suhu laptop. Secara ringkasnya apa yang berlaku pada sistem komputer ialah apabila kuasa processor berkurang, kelajuan processor juga turut berkurang, prestasi menurun tetapi masih terkawal dan akhir sekali suhu akan menurun.
Secara jujurnya sebelum ini saya tidak mengambil kisah atau peduli tentang ciri serta fungsi tetapan yang ada pada sistem pengoperasian Windows akan tetapi setelah saya terlibat dalam satu projek binaan litar digital iaitu High Performance Design of Frequency Synthesizers pada tiga tahun lepas, saya mendapati bahawa peningkatan prestasi sesuatu sistem berkadar secara langsung dengan penggunaan kuasa bagi sesuatu sistem jadi secara tidak langsung suhu akan meningkat sejajar dengan peningkatan penggunaan kuasa. Ini berlaku apabila n-bits atau bilangan bit dan juga frekuensi clock (input sistem yang berkaitan dengan kelajuan operasi sistem) bertambah mengikut nilai bits yang penguji inginkan.
Pada pendapat saya, sistem yang saya uji itu ada kaitannya juga dengan prestasi processor pada sistem komputer walaupun sistem yang saya bina berkenaan dengan frekuensi sintesis secara digital dan sejak daripada itu saya mula berfikir dan tertanya-tanya adakah sistem pengoperasian Windows mempunyai ciri serta fungsi di mana pengguna boleh mengubah sesuatu nilai yang berkaitan pada sesuatu fungsi tetapan bagi tujuan menurunkan suhu laptop.
Setelah saya membuat sedikit kajian, pihak Microsoft ada menerangkan perihal yang berkaitan dengan pengurusan kuasa processor dan saya begitu tertarik dengannya. Secara tidak langsung, saya terus mengujinya bagi melihat perubahan yang bakal berlaku. Berikut adalah perkongsian cara untuk menurunkan suhu laptop melalui penggunaan ciri dalaman pada Windows 7/8.1 OS dan juga keputusan serta sedikit ulasan daripada saya sendiri.
Tutorial turunkan suhu laptop
Ikuti langkah-langkah berikut (nota: ubah nilai peratusan kuasa processor bagi Plugged in sahaja):
- Pergi ke Control Panel.
- Klik pada System and Security.
- Klik pada power option.
- Paparan pemilihan power plan muncul pada skrin. Pilih mana-mana power plan, saya memilih high performance plan untuk melihat bacaan suhu tertinggi pada laptop. Seterusnya klik pada change plan settings.
- Paparan edit power plan muncul pada skrin. Klik pada change advanced settings.
- Paparan advanced settings muncul pada skrin. Skrol ke bawah dan cari tetapan processor power management. Anda boleh mengubah nilai peratusan minimum dan maksimum kuasa processor pada tetapan ini. Jangan ubah apa-apa pada system cooling policy. (nota: nilai peratusan minimum yang asal ialah 5% tetapi saya telah mengubahnya kepada 50%).
Keputusan
Bagi melihat perubahan suhu pada processor, saya mengujinya dengan menonoton video HD paparan skrin penuh dan juga bermain permainan PC grafik 3D selama 15 hingga 20 minit. Kes 1 saya telah menetapkan nilai minimum kuasa processor kepada 50% dan maksimum pula 100%. Tetapan ini adalah salah satu tetapan pengurusan kuasa processor yang maksima, kelajuan processor pada keadaan minimum adalah 1 GHz dan maksimum, 2 GHz bergantung kepada kelajuan maksimum processor bagi sesuatu sistem PC. Jika kelajuan maksimum processor PC anda 2.5 GHz, jadi pada keadaan minimum kelajuan processor adalah 0.5x2.5 = 1.25 GHz, kurang separuh daripada kelajuan maksimum.
Suhu processor dalam keadaan tidak digunakan atau idle ialah 36 darjah Celcius. Selepas 15 minit menonton video HD 'The Hobbits', suhu core atau teras adalah 42 darjah Celcius dan GPU bersepadu pula 43 darjah Celcius seperti paparan yang ditunjukkan di atas.
Selepas bermain permainan PC 3D grafik, suhu bagi grafik diskrit adalah 56 darjah Celcius. Suhu bagi GPU bersepadu dan core atau teras masing-masing 67 dan 68 darjah Celcius. Suhu yang dicatat pada APU dan diskrit grafik boleh dikatakan sebagai suhu normal apabila bebanan program berat dijalankan.
Kes 2 pula saya menetapkan nilai peratusan minimum kuasa processor kepada 5% dan maksimum 50%, kurang separuh daripada kuasa processor maksimum kes pertama. Kelajuan maksimum processor pada tetapan ini ialah 1 GHz.
Suhu bagi core dan integrasi GPU masing-masing ialah 38C. Suhu ini direkodkan selepas saya menonton video HD. Perbezaan di antara suhu GPU bersepadu bagi kedua-dua kes ialah 5C manakala suhu teras pula sebanyak 4C.
Selepas bermain permainan PC selama 15 hingga 20 minit, suhu yang direkodkan pada GPU bersepadu dan core masing-masing ialah 47 darjah C manakala suhu diskrit grafik pula 46 darjah C. Penurunan suhu di antara 10 dan 20 darjah C ini menunjukkan bahawa cara ini berkesan untuk menurunkan suhu laptop akan tetapi sistem komputer akan mengalami penurunan prestasi akibat daripada penurunan nilai peratusan kuasa processor yang dijana. Penurunan prestasi akan dirasai apabila anda menjalankan program yang berat atau bermain permainan PC seperti Fifa, DOTA dan seangkatan dengannya.
Ulasan penulis
Kedua-dua kes adalah contoh semata-mata dan anda boleh mengubah nilai peratusan kuasa processor tersebut mengikut kehendak anda sendiri. Untuk pengetahuan pembaca, cara yang saya gunakan bagi mengekalkan prestasi laptop dan juga suhu pada tahap yang terbaik ialah saya akan mengubah nilai peratusan kuasa processor mengikut keadaan sekeliling dan juga cuaca.
Jika cuaca panas dan keadaan sekeliling agak tertutup, saya akan mengubah nilai peratusan kuasa minimum kepada 5% dan maksimum pula 90%. Ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan bebanan dan juga tekanan pada processor apabila pelbagai program dijalankan.
Jika cuaca sejuk dan keadaan sekeliling terbuka, saya akan mengubah kembali nilai peratusan tersebut kepada tetapan maksima iaitu minimum sebanyak 50% dan maksimum 100%. Tiada masalah bagi processor apabila pelbagai program dilancarkan kerana pengudaraan di sekeliling laptop amat sempurna dan ditambah pula dengan keadaan persekitaran yang dingin.
Cara ini berkesan bagi saya kerana apabila cuaca panas suhu APU dan diskrit grafik masing-masing meningkat sehingga 76 dan 67 darjah C pada tetapan maksima (min:50%,maks:100%) apabila program berat dijalankan. Setelah saya mengubah nilai peratusan minimum kepada 5% dan maksimum 90% @ 1.8 GHz, suhu APU dan diskrit grafik masing-masing menurun sebanyak 15 dan 10 darjah C (APU: 61 darjah C ; diskrit grafik:57 darjah C). Perubahan nilai-nilai peratusan kuasa processor ini tidak begitu mendatangkan kesan penurunan yang drastik kepada prestasi komputer dan ia masih lagi terkawal.
Cara ini berkesan bagi saya kerana apabila cuaca panas suhu APU dan diskrit grafik masing-masing meningkat sehingga 76 dan 67 darjah C pada tetapan maksima (min:50%,maks:100%) apabila program berat dijalankan. Setelah saya mengubah nilai peratusan minimum kepada 5% dan maksimum 90% @ 1.8 GHz, suhu APU dan diskrit grafik masing-masing menurun sebanyak 15 dan 10 darjah C (APU: 61 darjah C ; diskrit grafik:57 darjah C). Perubahan nilai-nilai peratusan kuasa processor ini tidak begitu mendatangkan kesan penurunan yang drastik kepada prestasi komputer dan ia masih lagi terkawal.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan